(12) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
by Merah Artock Merah on Friday, June 25, 2010 at 11:56am
malam menjemput ku kembali
bersama sentuhan lembut sang bayu
membawa ku pergi mengulit kenangan
jelas di ruang mata segalanya terbayang
terima kasih teman
walaupun kau hadir cuma dalam lamunan
seri dewi malam yang merawat segala kedukaan
memberikan aku serum kekuatan
terima kasih ku ucapkan kepada mu seri dewi malam
membelaiku dengan seni falsafah cinta
bukan kerana rupa bukan kerana harta
tapi kerana tertawannya hati dengan apa adanya
kepada mu kasih tidak aku lupakan
sungguhpun engkau singgah cuma dalam angan
untukmu telah aku jadikan kisah kita satu epik
lagenda cinta sri si gadis bunian
halus selendang kasih mu
merdu bisikan manja mu
segalanya anugerah buat ku
terima kasih kerana mengingatkan ku
cinta tak mesti bersatu
ada cinta yang tak mampu kita miliki
cukup sekadar dimengerti
kini muncul pula sang puteri
berlindung wajah di sebalik bulan
seakan melengkapi keseluruhan cerita ini
bagai memastikan jawapan kepada segala teka teki
meskipun engkau wujud dalam khayalan
Puteri kau telah hidupkan kembali hati yang hampir mati
menyuburkan iman yang tandus gersang kekeringan
dengan siraman keinsafan bahawa aku masih bertuhan
tidak pernah sekali pun aku menganggap kali sebagai gurauan
dengan redha dan pasrah aku anggap ini ilham dari tuhan
seluruh hayatku ini pasti usahakan
menterjemah maksud mimpi kepada kenyataan
percayalah walau seketika
kalian sumber inspirasi
kekuatan jati diri
buat ku rentasi rintangan hidup ini
Sunday, February 13, 2011
(11) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
(11) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
by Merah Artock Merah on Monday, June 21, 2010 at 1:01pm
sebelas tahun dulu
disinilah bermula segalanya
satu titik untuk aku mulakan satu lakaran kehidupan
punca untuk aku huraikan semua persoalan
sebelas tahun dulu
aku yang lelah mencari kebenaran
aku yang mengah mengejar bayang
aku yang tertipu oleh kesamaran
sebelas tahun dulu
aku pasrah dengan segengam kesabaran
aku hanya berbekal sekelumit ketabahan
aku yang terseksa meneliti jawapan
maafkan aku Sri
sebelas tahun masa aku perlukan
sebalas tahun masa aku lemas terkapai kapai keseorangan
sebelas tahun masa untuk aku mengerti dan aku luahkan
maafkan aku Sri
sebelas tahun itu aku sulam keikhlasan
sebelas tahun itu aku menyelami hakikat insan
sebelas tahun itu aku merangka jatidiri kejujuran
maafkan aku Sri
sebelas tahun baru aku mengerti
sebelas tahun baru aku fahami
sebelas tahun baru aku sedia untuk kembali

(cubaan 2) Untuk kekawan yang dah tunang @ kawin (versi rojak)
(cubaan 2) Untuk kekawan yang dah tunang @ kawin (versi rojak)
by Merah Artock Merah on Tuesday, June 15, 2010 at 2:16pm
hai makin berseri seri muka memasing
kiri kanan pun dah tak amik pusing
tak cukup menjeling siap terangkat kening
dah macam ziana zain la darling
amboi amboi amboi bukan main bergaya lagi ha
aishk tak merah benor ke pipi tu mak ngah
sedara sepupu sepapat sume sibuk menjengah
jap lagi siapla kenalah heret ke tepi ke tengah
alah jangan risau kengkawan tumpang gembira
tapi penatlah nak handle korang nyer kenduri kendara
action jer lebih kot la lalu kang ada yang suka
bleh la juga di tanya tanya...aik tengok korang hati pun jeles per
tak cukup ngan present kekawan doakan
Ya tuhan jangan pisahkan
rezeki diorang topup topup kan
anak cicit piut oneng oneng Kau bagikan
ha korang dah setel bab nih jangan plak lupakan kitorang
yele dah bedua kan susah,nak makan ngengade nak sepinggan
kitorang solo and available nih...kalau nak tanya bila...nasihat aku baik jangan
ko ingat tak bengkek ke ati tengok korang jalan main pegang pegang tangan
korang doakan lah kitorang pulak
cepat cepat dapat join in the club
manalah tahu berkat doa kengkawan
ala korang nak gak makan nasik minyak kan?

(10) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
(10) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
by Merah Artock Merah on Monday, June 14, 2010 at 2:11pm
antara rentetan mimpi yang menjadi sejarah malamku
yang mengubah siapa aku
yang mengubah haluan hidupku
yang mengubah sudut pandangan ku
banyak yang aku hendak luahkan
banyak yang aku telah renungkan
banyak yang aku berharap dapat dilupakan
banyak yang belum sanggup aku kongsikan
persoalan kerap muncul di minda
namun untuk tiap satu satu persoalan
yang hadir hanyalah bertambahnya lagi persoalan
tak sedar terkadang persoalan itu sendiri satu jawapan
dari mulanya seri dewi malam
hingga terciptanya lagenda cinta sri si gadis bunian
dan kini dalam penghasilan ku cari puteri bulan
bersamanya aku panjat tangga kedewasaan
kiasnya
itulah kehidupan ku
baru aku sedar
sebenarnya aku mencari erti kewujudanku
mungkin aku tak mampu serlahkan melalui zahir perbuatan ku
tapi percayalah siapa aku di hujung pena
itulah hatinya
pasti itu aku
selama ini aku yang terleka
asyik berbahasa tanpa suara
asyik teresak tanpa air mata
bersenandong tanpa irama
aku bersyukur kepada Mu
selama ini akulah terumbang ambing tak mengerti
bila aku hayati kembali bahasa hati
baru aku sedari Engkau sentiasa di sisi
jadikan aku lebih dewasa
jadikan aku lebih bijaksana
dekatnya aku dengan Mu
dengan merungkai tiap persoalan

(9b) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
(9b) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
by Merah Artock Merah on Friday, June 11, 2010 at 6:48pm
Dan bagaimana bisa rindu ini aku padamkan
walaupun yang jadi milikku cuma bayangan
itupun dari kejauhan cuma dan hanya seketika
aku sendiri tak mengerti terlalu hangat membara secara tiba tiba
dan nafas ini terasa sesak
dalam dada kian sebak
dengan perasaan hati yang kini mengasak
keperibadian mu bermain diruang benak
bagaimana pula ingin aku tundukan gejolak nafsu
bisakah insan sesuci mu akan aku temu
sedangkan semakin hari semakin kemaruk ini melonjak
terlalu ingin menghidu wangian cinta semerbak
apakah sekali lagi kewarasan akal ini tertipu
yang sekadar hadir sementara aku sangkakan nyata
apakah dalam kedewasaan ini tertewas dengan pengalaman
akukah tersalah menafsir satu khayalan
setiap kali itu terjadi
dengan pantas aku berlari menuju kota iman
walaupun masih dalam pembinaan
aku tahu di situ wujud kolam keinsafan
dalam bias dalam riak tenang di kolam itu
barulah aku sedar selama ini
masih terlekat lumpur kedukaan
belum sempurna dosa ku cuci
izinkan biarlah hanya seketika
untuk aku rebah melepas lelah
dipangkin ketenangan untuk aku luipakan segala kenangan
untuk aku ubati pedihnya rasa satu kehilangan
namun aku masih lagi mampu tersenyum
kerana hanya dalam sengsara begini baru aku mengerti
selama ini aku yang terleka dan terlupa
mahligai ketenangan dalam hati ini perlukan baja
maka aku semaikan benih zikrullah
maka aku dirikan pustaka kalimah
nanti aku lengkapkan dengan galeri sunnah
untuk aku,untuk kau,untuk dia,untuk kita

(9a) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
Edit
(9a) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
by Merah Artock Merah on Friday, June 11, 2010 at 12:33pm
aku : tok dua tiga minggu ni asyik mimpi budak jer,nape ek ?
tok ngah : kecik ke beso ?
aku : kecik,rasa dalam hari lagi,sebab nampak merah lagi,nape ?
tok ngah : itu jer ?
aku : nampak budak tu nangis tak renti renti,betul betul nyer nangis sampai terbelalak mata,kesian..
tok ngah : mak budak tu tak der kat situ ?
aku : ader tapi dia buat tak reti jer...senyum jer plak bia kita tengok dia...macam minta pujuk budak tu
tok ngah : habis ko pujuk tak
aku : pujukla...terkukat kulat adjust budak tu,nagis gak lagi...
tok ngah : diam tak ?
aku : diam ...tak tau cam ner lak bleh amik jari budak tu bawak zikir,jadi tasbih,mau lak senyap
tok ngah : tu jawapan dah bagikan, amal kurang yie, budak tu boleh jadi iman ko,kontrolla nafsu,insyaallah
aku : amal kurang ?
tok ngah : cuba ko ingatkan balik ape zikir yang ko bawak sampai budak tu senyap,tu la makanan ko
aku : abih mak budak tu camner lak ?
tok ngah : tu aku tak leh jawab...tanya diri ko sendiri...hati ko...elok gak check ngan orang lain

(8) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
aku terpinga pinga mencari kaitan antara aku,engkau dan dia
saat aku bersamamu maka siapakah aku ?
saar aku bersamanya maka apa pula aku pada mu ?
gelisah tidak keruan
berkehendak jitu jawapan
kali ini dengan berani aku menerobos ke ruang mimpi
aku singgah padanya
menanti bersamanya
mendengar bisik kata hatinya
hati ini berdebar debar deras laju
jari manis ini juga menunggu
untuk dipatri dengan janji setia
aku milik mu...nyata !!!
aku ingin menyentuh kulitmu
ingin ku kucup tangan gagah itu
agar terasa selamat sejahtera
engkau menjadi pelindungku
perlahan engkau menghampiri
bersama bekas merah digengaman mu
lekaslah...hati ini gundah
detik detik ini terlalu menyeksakan
bersama harapan aku titipkan
tersarungnya ia nanti demi Tuhan
aku tabah harungi kehidupan selamanya
biarlah cangkul pemisah kita
kini benar benar kau dihadapanku
bekas sakti itu kau buka
tersipu dan tertunduk malu
aku hanya mampu pejamkan mata
lantas terasa umbun-umbun dikucup
mata ku terbuka
sedikit terkejut ia belum lagi
yang sepatut ada di situ...
Aku renung kedua mata mu
jernih tiada kekalutan
" Ya Allah dengan ini aku terima anugerahMu,jadikan dia isteri solehah dan jadikan tiap zuriat keturunan yang lahir dari rahimnya, anak anak yang Engkau berkati dengan limpah kurniaanMu "
aku tak endahkan lagi cincin pengikat itu
yang aku tahu ketika ini ingin aku kucup tangan itu tanda hormat
tanda aku redha engkau anugerah Nya pada ku
tanda tiada lagi sangsi di hati
belum pun sempat aku menunduk
kedua tangan mu menahan lembut kedua bahu ini
satu hadiah singgah di dahi
" bukan kanda tidak mahu tangan ini dikucup,tapi kanda belum tahu apakah dinda mampu redha sepenuh hati nanti, tunggulah saat itu "
dan hati sekali lagi bertingkah dengan keluarbiasaan ini
dan sekali lagi aku tersentak bangun
dengan renungan berat
senda gurauan apakah ini ?

Subscribe to:
Posts (Atom)