Tuesday, November 2, 2010

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 ii

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 ii (kot kot la nak wat modal kat tunang ke bini ker...yang pompuan pusing la sikit) :D )

by Merah Artock Merah on Sunday, March 14, 2010 at 3:55pm

Bukan ku cari bidadari syurga
Cukuplah sekadar di hati ia bertahta
Bukan ku idam seindah permata
Cukuplah sekadar penghibur setia

Aku hanyalah pengemis cinta
Menumpang kasih seketika cuma
Menagih simpati pada yang ada
Buat mengubat hati nan lara

Bukan ku cari serinya bunga
Cukuplah sekadar seindah bahasa
Bukan ku cari selembut sutera
Cukuplah sekadar berhemah budi bicara

Aku hanyalah pengembara sunyi
Merayu pada yang mengerti
Kerana dagang ku hanya sekeping hati
Untuk kau pahat namamu di sanubari

Bukan ku cari setulus Aisyah
Cukuplah sekadar penenang gelisah
Bukan ku cari seikhlas Khadijah
Cukuplah sekadar penawar gundah

Aku hanyalah insan biasa
Insan comot, hina dan dina
Aku tak menjanjikan seisi dunia
Aku tak janjikan kemewahan harta
Hantaranku hanya segengam setia
Bersama seulas iman di dada
Buat mu insan teramat mulia
Terimalah aku sekadar adanya

No comments:

Post a Comment