Tuesday, November 2, 2010

KCPLB gak time kat rumah ~ genuine mode time tu

KCPLB gak time kat rumah ~ genuine mode time tu
by Merah Artock Merah on Sunday, May 30, 2010 at 12:55am


Biarpun sejuta pelukis bisa ku temu
Tiada lakaran seanggun senyuman mu
Biarpun dialih ke seribu bahasa
Belum cukup mewarnakan potret mu

Biarpun aku dendangkan seribu melodi cinta
Simfoni kasih buat mu belum jua ku temu
Biarpun sejuta madah pujangga nukilan ku
Belum bisa meyampaikan hasrat ku

Biar siang ku merantau serata pelusuk dunia
Kembara ku hanyalah mengejar bayang mu
Biarlah aku redah seluruh lautan gelora
Tenangnya bila engkau tertawa

Biarlah setiap kali malam melabuhkan tirainya
Izinkanlah aku beradu di pangkuan mu
Biarlah malam indah ditemani purnama
Aman damai lena kita beradu

Biarpun aku lelah menantikan saat-saat itu
Haruman rindu hadiah khusus buat mu
Cinta ku sambutlah sekeping hati
Moga gelora dan badai berlalu pergi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Tatkala malam datang beradu
Tatkala bulan tersipu malu
Ketika itu rindu bertamu
Ketika kasih dibiar berlalu

Haruskah aku terus bermimpi
Mencari diri mu tiada lagi
Mengharap janji seribu erti
Mengharap kasih terpatri kembali

Bersama sunyi ku balut luka
Bersama sepi menghurung dada
Apakah kesudahan cerita kita
Menanti kasih tak kunjung tiba

Aku termenung merenung langit
Cubaan ku harung bukanlah sedikit
Perjuangan ini semakin sempit
Nafas sebak terasa sakit

Apakah bisa engkau mengerti
Bukan merayu mengharap simpati
Ikrar ikhlas setulus hati
Ingin zahirkan seluhur budi

Selendang cinta selembut sutera
Haruman kasih mekar berbunga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Berdiri aku di lapangan rindu
Melewati batas-batas waktu
Di dataran gersang penuh pilu
Mencari setitis kasih mesra dari mu

Taman indah ku idam selalu
Bunga-bunga cinta pernah mekar dan kini layu
Haruman kita satu ketika dulu
Mengapa tinggal duka membaluti sendu

Bilakah hujan kan turun
Membawa seribu satu senyuman
Hati ini kian tandus kekeringan
Pasrah dan parah menantikan jawapan

Telah ku tetas ranjau berduri
Telah ku bina jambatan janji
Menanti saat engkau kembali
Aku harap engkau kan mengerti

Segalanya telah aku korbankan
Mungkin bagi mu hanya mainan
Yang aku pinta bukan gurauan
Cukuplah sekadar satu kepastian


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


Seloka rindu bertandang sendu
Biola asmara berlagu pilu
Gemersik irama ku dengarkan sayu
Kasih meruntun damai selalu

Pantun hati tidak bersambut
Musnah semua dek badai dan ribut
Tiada lagi bisikan lembut
Pintalan kalbu kian serabut

Gendang cinta salah bertingkah
Serunai jiwa keluh dan kesah
Lemahnya aku menyusun langkah
Khayal angan ku mimpi tak sudah

Tiada lagi paluan rebana
Pemukul patah semangat tiada
Hadir dirimu seketika cuma
Pergi mu membawa tenang di dada



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


Izinkan baris kata mu aku coretkan
Izinkan perkerti mu aku lukiskan
Izinkan santun mu aku warnakan
Izinkan potret wajah mu ku abadikan

Seindah tawa mu jadi idaman
Setulus budi mu jadi pujaan
Seikhlas akhlak mu jadi impian
Sejujur sentuhan mu jadi igauan

Garisan rindu mu aku lakarkan
Gentasan kasih mu aku talunkan
Gemerlap cinta mu aku dendangkan
Getaran jiwa mu aku zahirkan

Tiada kata seindah gambaran
Tiada madah semurni kiasan
Tiada nada mampu meyampaikan
Tiada irama mampu menceritakan

Lebih hebat dari hikayat
Lebih teguh dari riwayat
Lebih jernih dari hakikat
Lebih suci sepanjang hayat

Saat bersama mu aku rebah
Saat bersama mu aku tabah

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 xi

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 xi
by Merah Artock Merah on Sunday, May 30, 2010 at 12:41am

malam suram hadir lagi
tiada sang kunang menari nari
tiada unggas hingar menyanyi
alam semakin sepi

masih bayu menghembus rindu
suana bungkam membalut kalbu
sang bulan bersinar lesu
malah awan berarak kelabu

entahlah aku sendiri tidak mengerti
ingin sahaja aku turutkan kata hati
apakah harus aku kembali
menyelak kembali tabir mimpi

hendak ku pulang ke alam itu
aku harapkan resah akan berlalu
hanya melihat sekilas wajahmu
hati kan tenang damai selalu

namun lama mana aku tak pasti
tanpa mu aku lemah berdiri
haruskah aku terus lena bermimpi
kala terjaga mencari diri mu tiada lagi

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 x

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 x
by Merah Artock Merah on Wednesday, May 12, 2010 at 4:19pm

walau aku mampu cantingkan lagi sejuta rekaan
walau aku mampu lukiskan lagi seratus ribu gambaran
walau aku mampu corakan lagi sepuluh ribu abstrak
walau aku mampu coretkan lagi seribu potret penuh warna
walau aku mampu jalinkan lagi seratus jalinan lakaran
walau aku mampu ciptakan lagi sepuluh catan
namun untuk aku persembahkan satu karya untuk mu
cukup aku tak mampu kerana mata ini terpegun dengan keindahan yang ada pada mu

walau aku mampu ciptakan lagi sejuta bait bait indah
walau aku mampu kumpulkan lagi seratus ribu melodi
walau aku mampu gabungkan lagi sepuluh ribu lirik
walau aku mampu padukan lagi seribu nada
walau aku mampu harmonikan lagi seratus irama
walau aku mampu selaraskan lagi sepuluh rentak
namun untuk aku persembahkan satu lagu untuk mu
cukup aku tak mampu kerana lidah ini kelu tika bersama mu

jemari ini terhenti untuk menari mencari ilham
tangan ini terhenti untuk mengukir sebuah penghalusan
pegangan ini terhenti untuk menyambut not yang gugur bertaburan
gengaman ini terhenti untuk melontarkan sebuah rindu
telapak ini terhenti untuk menabur sebuah janji
secubit ini terhenti untuk memberi
namun untuk aku persembahkan satu sentuhan untuk mu
cukup aku tak mampu mana tahu cinta ku hulur tak bersambut

apakah kesudahannya aku sendiri tak pasti
aku telan segala resah dan gelisah
aku simpan sebahagian rasa
bimbang nanti aku kecewa
tak kan lengkap lagu ku tanpa dendang suara mu
tak kan lengkap syair gurindam ku tanpa iringan ghazal mu
tak kan lengkap kisah ini tanpa mu
kerana ini baru kisah aku
belum bersambung dengan kisah mu
belum terpatri senandong kita
belum bersatu di alam nyata

Im dare challenge what life had to offer

Im dare challenge what life had to offer
by Merah Artock Merah on Thursday, April 29, 2010 at 5:46pm

I've gambled those chances,
I've ate the risks,
I've killed the pain,
I felt courage slipping away
I've struggle along the way,
never back down,
never surrender,
never fallen,
still looking up what life had installed for me bravely,
not for the glory,
not for the victory claimed,
behold for who i am,
no regret because im a fighter...always and forever be

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 ix

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 ix
by Merah Artock Merah on Monday, April 26, 2010 at 10:52am

Aku lihat ketenangan pada redup mata mu
Aku lihat keluhuran pada tutur bicara mu
Aku lihat keikhlasan pada jujur sentuhan mu
Aku lihat ketulusan pada kuntum senyum di bibir mu

Betapa ingin segalanya aku miliki
Betapa meruntun sekeping hati
Betapa semurni kasih aku harapkan bersemi
Betapa sungguh ikatan terkunci rapi

Al Quran pintanya di dalam hati
Hadis panduan dalam sanubari
Tasbih tak putus tanpa henti
Senandung kasih akhlak terpuji

Andai itu kehendak wali
Andai itu pengikat janji
Sabarlah Putri akan aku siapkan hantaran ini
Tabahlah Putri aku usahakan sepanjang hayat ini

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 viii

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 viii
by Merah Artock Merah on Tuesday, April 6, 2010 at 4:55pm

Ku merenung langit
Dalam gelap malam
Dalam sepi
Dalam sunyi
Dalam islah sendiri

Ku merenung bulan
Mencari sejalur harapan
Lemah dalam sebuah pencarian
Tenggelam dalam resah kerinduaan
Meratap dalam curahan kasih Ya Rahman

Ku merenung bintang
Meminjam sinar kerdipan
Entah bila hati kan bersinar sendiri
Menyuluh gelapnya liku sebuah kehidupan
Berapa baki waktu dalam hitungan

Kembali merenung diri
Menilik tujuan yang seharusnya mengisi
Musabah keperluan menghadap ilahi
Apakah setiap tuntutan nyata dipenuhi
Sudah langsaikah segala hutang yang masih berbaki

Dalam tasbih aku merindu
Dalam takbir merentap kalbu
Dalam tahmid menatap sendu
Dalam doa merintih merayu
Dalam nada penuh sayu

Aku renung lautan pancaroba
Aku lemas dalam arus masa
Teruk dibelasah nafsu dunia
Remuk dihentam batuan dosa
Aku mampu tapi untuk berapa lama

Aku selam tasik air mata
Niat ikhlas mensucikan diri
Segala nasihat cuba dihayati
Menekan nafsu tunduk mendengar kata
Menempa satu jati diri
Demi sebutir mutiara iman

Aku perlukan jua senyuman mu sebagai kekuatan
Aku perlukan jua sentuhan mesra mu sebagai ingatan
Aku perlukan jua redup pandangan mu sebagai pedoman
Aku perlukan jua tangisan mu sebagai pemankin kesabaran
Aku perlukan jua hadir mu sebagai peneman sepanjang jalan

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 vii

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 vii
by Merah Artock Merah on Monday, March 29, 2010 at 11:04am

Aku selama ini yang lemah tercari-cari bayangan mu
Sedangkan aku telah terlupa yang di sana adanya Dia
Aku yang kian lemas tanpa pautan kasih dan sayang mu
Rupanya terleka dari redup kecintaan milik Dia

Dia yang menghantar mu untuk mentarbiahkan mata nafsu
Mata yang telah dibutakan dengan ketamakan harta dunia
Mata yang alpa mencari ketenangan dalam kemewahan
Bermodalkan satu senyuman luhur yang mengetar jiwa

Dia yang mengutuskan diri mu mencetuskan fikir warasku
Mata timbangan akal yang goyah tenggelam dengan kejahilan hawa nafsu
Mata yang telah kelabu dengan debu-debu dosa
Telah kau hilangkan ia dengan tangisan air mata mu

Dia yang memberikan sedikit kesempatan
Untuk aku terus melihat dengan mata hati
Walau sebegitu rapuh pandangan itu
Aku mengerti hadir mu cuma untuk mensucikan diri ini

Kau telah mengajar ku erti dewasa
Suka duka pahit maung ku telan jua
Walau kau telah pergi, aku kan setia menanti
Bersama bunga iman yang kau semai di dalam hati

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 vi

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 vi
by Merah Artock Merah on Tuesday, March 23, 2010 at 9:06am

Mengertilah hadirku hanya seketika cuma
Tiada madah pemanis bicara
Percayalah ini hanya ujian belaka
Kisah hidup mimpi belaka

Ketahuilah aku yang lebih derita
Hadirku bukan menambah sengsara
Zahirku hanya ketika lena
Izinkanlah aku membalut luka

Fahamilah aku jua seperti mu
Mencari ketenangan kala malam datang beradu
Bersyukurlah aku, insan seperti mu pernah ku temu
Sedang hati selalu meronta melupakan diri mu

Kanda, urusan ini takdir Ilahi
Supaya kita menginsafi diri
Kuatkan azam sembuhkanlah hati
Bukan merayu bantu simpati

Kanda, dunia kita jauh berbeza
Antara alam mimpi dan alam nyata
Diiringai doa dan air mata
Agar selalu kanda bahagia

Pertemuan kita sekali lagi
Biarpun hanya di alam mimpi
Acapkali kan tertanya sendiri
Insan seteguhmu masakan daku temui

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 v

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 v
by Merah Artock Merah on Saturday, March 20, 2010 at 5:45pm

Setiap takbir ku kini penuh cinta
Kerana Kau mengajar ku erti bahagia
Membesarkan Mu kini aku setia
Kerana cinta Mu aku mencintainya

Setiap Iftitah ku kini penuh harapan yang membara
Menghadapkan diri kepada Mu Yang Maha Esa
Agar kau terima pengakuanku seadanya
Kerana aku cuma insan biasa

Setiap Fatihah ku kini penuh rela
Memuji Mu aku harapkan sentiasa
Mengharapkan kasih dan sayang Mu setiap masa
Moga Kau tunjukan jalan kami ke syurga

Setiap rukuk ku kini aku harapkan penghapusan dosa
Kerana aku terlalu lemah lagi hina
Tundukkan nafsu dan hati ku bersamanya
Hanya pada Mu Yang Maha Kuasa

Setiap sujud kini penuh redha
Aku serahkan kepada Mu Pengatur segalanya
Moga penyerahan ini Engkau terima
Istiqamahlah aku sentiasa hendaknya

Setiap tasyahud ku kini penuh penghormatan
Bersamanya aku harapkan sebagai bekalan
Kepada Mu aku pohonkan jauhkan dari segala kesesatan
Tempatkanlah aku di sisi Mu dengan penuh aman

Setiap salamku kini penuh kerinduan
Ingin bertemu lagi dengan Mu Tuhan
Redhakan syurga Mu sebagai taman
Jauhkan aku neraka yang penuh godaan

Setiap doa ku kini penuh tujuan
Di tangan Mu segala keputusan
Kurniakan aku bidadari dari mu sebagai teman
Moga dipermudahkan segala urusan

Hanya pada Mu aku pohonkan
Keselamatan sentiasa sepanjang jalan
Kenikmatan syurga dunia dan syurga akhirat Mu sungguh aku dambakan
Moga aku tenang menyahut seruan Mu Tuhan

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 iv

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 iv
by Merah Artock Merah on Saturday, March 20, 2010 at 4:34pm

Sambutlah tangan ku
Moga kau membawaku ke syurga dunia
Tenunglah ke dalam anak mataku
Moga kau terasa akan getarnya

Kau gantungkan kedamaian di balik selendang putih mu
Kau tawarkan keindahan di balik redup pandangan mata mu
Hanya senyuman dari mu dapat menenangkan selaut gelora
Lekaslah bawa aku ke taman bahagia

Tiupkanlah seribu harapan ke dalam hati
Untuk aku terus gagah menempuhi hidup yang sementara ini
Perdengarkanlah segala lafaz cinta
Agar semarak kasih terus bernyala

Sesungguhnya saat ini
Hanya perindu yang setia
Pecinta yang setia akan mengerti
Segala keresahan yang aku pendamkan di dalam hati

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 iii

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 iii
by Merah Artock Merah on Wednesday, March 17, 2010 at 4:22pm

Telah aku serahkan segala kerinduan ini kepada Mu
Sambutlah dan demi cinta Mu maka cintailah aku
Jadilah aku setia hanya pada Mu
Tiada lain lagi di hati kecil ku

Saat indah bersamanya aku syukuri
Waktu berduka kerananya aku redhai
Semakin dewasa cinta ini baru ku ketahui
Selama ini akulah yang tak pernah mengerti

Setiap kali badai datang bertamu
Setiap kali hembusan angin membawa rindu
Setiap kali ribut reda berlalu
Pasti ada Engkau di situ

Pelangi hanya hadir setelah hujan
Lulus sudah segala cubaan
Haruman kasih penyeri taman
Sambutlah sayangku aduhai teman

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 ii

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 ii (kot kot la nak wat modal kat tunang ke bini ker...yang pompuan pusing la sikit) :D )

by Merah Artock Merah on Sunday, March 14, 2010 at 3:55pm

Bukan ku cari bidadari syurga
Cukuplah sekadar di hati ia bertahta
Bukan ku idam seindah permata
Cukuplah sekadar penghibur setia

Aku hanyalah pengemis cinta
Menumpang kasih seketika cuma
Menagih simpati pada yang ada
Buat mengubat hati nan lara

Bukan ku cari serinya bunga
Cukuplah sekadar seindah bahasa
Bukan ku cari selembut sutera
Cukuplah sekadar berhemah budi bicara

Aku hanyalah pengembara sunyi
Merayu pada yang mengerti
Kerana dagang ku hanya sekeping hati
Untuk kau pahat namamu di sanubari

Bukan ku cari setulus Aisyah
Cukuplah sekadar penenang gelisah
Bukan ku cari seikhlas Khadijah
Cukuplah sekadar penawar gundah

Aku hanyalah insan biasa
Insan comot, hina dan dina
Aku tak menjanjikan seisi dunia
Aku tak janjikan kemewahan harta
Hantaranku hanya segengam setia
Bersama seulas iman di dada
Buat mu insan teramat mulia
Terimalah aku sekadar adanya

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 i

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 i
by Merah Artock Merah on Saturday, March 13, 2010 at 2:36pm

maafkan aku terpaksa berlalu
aku pohon relakanlah pemergianku
lupuskan semua kenangan bersamaku
anggap saja mimpi kala malam beradu

cukup cukuplah hati apa guna merindu
usah ditangisi cinta yang telah pergi
yang pasti doaku sentiasa bersamamu
biarkan aku hilang dan terus menyepi

aku pergi bukan kerana benci
aku hadir bukan kerana simpati
aku amat berharap agar kau mengerti
aku pergi membalut hati

tiada dendam antara kita
biarlah masa menentukan segala
aku tinggalkan kalam pengganti bicara
sentiasa berharap agar engkau bahagia

suka duka pahit maung tetap ku telan
juga kenangan indah rencah kehidupan
seribu kekesalan dan seribu harapan
seribu satu persoalan tanpa jawapan

maafkan aku jika kau kecewa
maafkan aku jika kau terluka
maafkan aku putuskan janji setia
tapi ketahuilah aku lebih merana

Friday, March 12, 2010

laila

laila...

adakah kau sedar

tatkala majnun tenggelam dalam hiba

tatkala majnun mencari kasih mu

meraba dalam kerinduan

ya benar...cinta itu buta

majnun...

tahukah kau laila sudah bisu

tiada lagi kata harapan

tiada lagi kata pesanan

tiada lagi kata pedoman

buat menenangkan hati mu

dia terus membisu...

ketahuilah wahai pencinta agung yang setia

jeritan laila memanggil namamu

bergetar di segenap kalbu ku

bergema di gendang telinga ku....

ketahuilah majnun

kau melihatnya dari sudut mataku

indahnya bagai lukisan

halus bagai sutera

persis madah pujangga...

biarlah aku menjadi perantara

biarlah aku yang melukis cerita suka dan duka

biarkan aku mewarnakan kisah kamu berdua

biarkan aku abadikan

dalam lipatan nostalgis

sticker

deruan angin sayu tanpa bisikan namamu

kerdipan bintang pudar kerna sinarnya ada padamu

percayalh kasih andai ini sekian klinya

akulah yang parah merinduimu...

benar mata lebih jujur berkata cinta

berkali aku bertanya sendiri: dimanakah hati

apakah tak merasai dilaman rindu : di situ

lama mekar ia di hatimu...

acapkali ku dakaphanyalah bayang mu

namun kupendam rasa dalam rahsia

meluahkan kalbu padamu cukup aku tak mampu

namun tiadakah getarnya menyentuh jiwamu....

merisik khabar bahgia darimu

betapa tinta ku coret di lembaran hati

nan sayup kerdil dikejauhan:wahai angin kirimkanlah

moga berlabuh jua di sanubarimu...

denganmu aku lejas matang terasuh

lebih gagah lebih gah merempuh hidup

namun tiba masa kau pergi jua

sedang aku setia menanti akan kembalinya...

untuk ku sang puteri

saat terindah saat bersama mu

untuk ku sang puteri

diri ini semakin aku mengerti...

fantasi

Apakah insan sesuci mu akan ku temui
Yang hadir sekadar dalam mimpi cuma
Apakah insan semurni budi mu
Tersembunyi dalam dunia nyata

Saat dan ketika bersama mu aku syukuri
Telah kau berikan bisikan semangat seribu erti
Pasti tiap detik kenangan mengajarkan aku erti dewasa
Namun terkadang kesunyian tanpa hadir mu mengusik jiwa

Biarpun hanya seketika
Biarpun lintasan sekelip mata
Dalam lipatan sejarah hati
Kekal namamu di sanubari

Kembali ku ke alam realiti
Insan seindah itu pastinya tersembunyi
Gagahkan hati mengharungi likuan ini
Suatu hari kutemui pasti

Draft 1-1-1 KCPLB 3

Kali pertama aku bersua dengan mu. Kau hanya diam dan terus membisu. Namun dalam kebisuan itu seribu satu makna tersirat tanpa sepatah kata kata. Aku mampu mengerti dengan hanya jelingan mata mu yang sedang mengamit perhatianku .Kau hanya tersenyum. Tersipu malu. Tidak dapat aku gambarkan betapa gembiranya diriku ketika itu. Mata bertentangan mata. Biarlah hati yang berbicara bahasa cinta kita berdua. Raut wajah mu nan ayu membuat hati ini terus terpaku. Senyuman indah terlukis di bibirmu membuat aku rindu selalu. Amat berharap masa terhenti ketika itu.

Mengapakah engkau masih berselindung di balik kerudung putihmu? Mengapa masih bermain dengan perasaanku? Apakah bisa aku luahkan segunung rindu terbuku dihatiku. Tidakkah engkau dengari rintaihan hati yang sentiasa menyeru dan memanggil namamu? Saban hari,saban waktu akulah yang parah merindu. Permainan hati apa lagi yang menjadi gurau sendaanmu ? Akulah yang pasrah dalam permainan ini. Aku lah yang semakin tidak mengerti.

Engkau masih lagi berdiri di situ.Kaku. Haruman wangian kasih menyeluti segenap tubuh mu. Hanya selendang putih mu menjadi pengubat rindu. Telah terbuka segala ruangan hati hanya dengan wangian itu. Mengharapkan belaian manja suci seikhlasnya dari mu. Marilah ubati hati ku yang kian parah mencintai dirimu. Kasihanilah aku. Usahlah begini. Hampirlah pada ku,agar kudakap sekujur tubuh mu. Bukankah engkau telah menjadi milik ku?

Dalam kesamaran cahaya itu, engkau menghampiri. Bayu angin malam seakan mengiringi. Seakan mengerti bahawa hadirmu ini mengubat hati. Tiupkanlah ketenangan dijiwa ini duhai Puteri. Balutilah luka ini. Aku yang sekian lama menanti hadirmu. Hampirlah pada ku. Damaikanlah hati yang remuk redam hanya tergila-gilakan bayanganmu.Lekaslah Putri kerana aku sudah tidak mampu menahan gelora ini.

" Assalamualaikum, kanda, maafkan dinda. Putri hadir ketika ini hanyalah menggangu kanda."

Aku hanya mampu berdiam diri. Kehalusan wajah mu aku nikmati. Kelunakan bisikan suaramu aku hayati.

" Tidak mengapa Putri. Hadirnya Putri sememangnya kanda nanti-nantikan. Maafkan kanda bertanya, mengapa lambat? Tidak seperti selalu? "

" Ini ada kiriman dari ayahanda dan bonda, maafkan dinda jika membuat kanda menunggu sekian lama"

Mungkin kerana bungkusan ini yang membuat Putri terlewat daripada kebiasaanya. Aku lebih rela memaafkan dia daripada buruk sangka.

" Kanda, ada berita yang dinda ingin sampaikan tapi dinda segan."

Aku tidak sabar menantikan ayat seterusnya. Aku hanya sempat melihat Putri menundukan wajahnya yang ayu. Seakan mengumpul kudrat. Berat sangatkan tanggungan itu Putriku, izinkanlah menanggungnya bersama-sama mu. Aku dongakan dagunya dengan tolakan yang paling halus. Aku renung jauh ke dalam anak matanya lantas pandangan kami bertemu. Aku cuba memahami isi hatinya, walaupun hanya meneka cuma. Aku lihat matanya berkaca. Ada titisan halus terbit di situ. Aku kesat perlahan -lahan dengan penuh kasih.

" Mengapa bersedih Putri. Maafkan kanda sekiranya kanda melukakan hati dinda. Sungguh kanda tidak bermaksud begitu. Maafkan kanda jika terkasar bahasa. Jangan ditambah penderitaan kanda. Mengertilah Putri, kanda tidak sanggup melihat walau setitis air mata. Maafkan kanda "

Aku hanya melihat engkau mengeluh ringan. Tanganku kini telah kau alihkan untuk mengusap pipimu yang gebu. Aduh, aku lemah diperlakukan begini. Berbagai persoalan menyerang di benakku. Putri,jangankah menambah sebak di kalbu. Apakah kau kecewa kerana menerimaku ? Apakah beban di dalam kotak fikiranmu ? Mengapa masih bersembunyi sedangkan kita telah berjanji seikhlas hati walau apa pun terjadi kita tetap satu hati ?

Engkau masih tunduk membisu. Duhai Putri usahlah menambah duka hatiku, aku kian lemah dengan keadaan begini. Aku rangkul tubuhmu dalam dakapanku. Kau sembabkan wajahku ke dadaku. Jelas kedengaran esakan halus memecahkan kesunyian.

" Kanda, izinkan Putri... "

Putri hanya merenung mataku lantas dikucup dahiku. Tidak pernah dia berkelakuan begini. Digengam erat kedua tanganku. Seakan berpaut pada suatu harapan. Seolah-olah ingin menyampaikan satu hasrat supaya aku tenang menghadapinya. Putri begitu sukar melahirkan hasratnya.

" Dinda tak pernah menyesal walaupun sedetik bersama kanda. Kanda satu kurnian dari Allah buat dinda. Satu anugerah yang dinda harap-harapkan. Tiap waktu dan ketika hati ini sering tertanya, apakan dinda telah sempurnakan seluruh tanggungjawab dengan redha. Ampunkan dinda jika ada perkara yang menyakiti hati kanda tanpa dinda sedari. Tak pernah terlintas untuk mengkhianati kepercayaan yang kanda beri."

Aku diam. Aku bisu. Aku terharu. Runtuh segala tembok keegoaanku yang menggunung selama ini. Cair bersama sendu yang tak diundang. Luluh bersama sebak yang tiba-tiba datang. Ya Allah, sungguh aku tak dapat memahami kehendakMu. Insan sesuci ini Kau jadikan pakaianku. Masakan aku berhenti bersyukur tiap detik dan waktu. Insan sehinaku telah Kau muliakan dengan limpahan kurniaMu. Ampunilah aku kerana pernah menyimpan dendam terhadapMu. Insan semulia ini Kau zahirkan dalam dakapanku. Tiada satupun kesalahan yang pernah dilakukan. Semuanya disempurnakan dengan rela. Ya Allah, bantulah aku membaiki diri. Aku amat tidak layak mendapat insan semulia ini.

Aku hanya mampu mengusap bahunya tanda aku mengerti. Aku mencium dahinya tanda kasih.

" Putri tidak pernah salah. Segalanya kanda ampunkan. "

Engkau masih tertunduk malu.Perlahan-lahan menjauhkan dirimu dari ku. Telah kau muliakan aku dengan senyuman manis milikmu. Enggan aku lepaskan gengaman tanganmu. Aduh, senyumanmu sentiasa menawan hatiku. Cukup, hanya dengan itu bisa menenangkan seluruh gelora perasaanku. Engkau semakin menjauhkan dirimu.

" Kanda, maafkan Putri. Masa kian hampir. Eloklah dinda beredar dahulu. Nanti Putri berkunjung lagi. Ingatlah kanda, Putri sentiasa menanti saat indah bersama kanda. Perhatikanlah kiriman dari ayahanda dan bonda. Bersamanya harapan dinda. Bersamanya luahan rasa. Perhatikanlah....."

Sayup kedengaran rintihan suara itu. Perlahan-lahan engkau menghilang. Haruskah engkau pergi saat begini ? Saat aku begitu dahagakan manisan kasihmu. Saat hati mula berbicara bahasa kita. Saat aku begitu tega padamu. Kau kembali menyepi sedangkan aku kembali merindu.

Aku bertanya sendirian. Mengapa harus aku terjaga dari lena yang panjang ? Mengapa insan semurni itu hanya hadir dalam mimpiku ? Betapa aku dambakan kelembutan dan keaslian sentuhan kasih dan sayangmu. Kenangan yang begitu singkat tercipta namun cukup berbekas diseluruh jiwaku. Apakah insan setulusmu akan kutemui dalam realiti ? Cuma kenangan sesingkat itu bisa mengubah haluan hidupku. Ya Allah, dugaan apakah ini ? Aku sabar. Aku redha. Aku pasti ini hidayatMu. Aku pasti mutiara seindah itu tersembunyi. Aku pasrah. Aku serahkan segalanya padaMu. Permudahkan urusanku. Terimalah jihadku, insan mithali terus dicari.

rindu

Di Manakanku Cari Cinta Sebegini

Ya Allah
Jika aku jatuh hati
Jatuhkanlah hati ni kepada dia yang jatuh hatinya kepada Mu
Lebih daripada jatuhnya hatiku kepada Mu
Agar ku lebih tulus ikhlas jujur kepada Mu

Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Cintailah hati ini kepada dia yang cintanya kepada Mu
Lebih daripada cintanya hatiku kepada Mu
Agar aku lebih mengerti keluhuran dan keindahan Cinta Mu

Ya Allah
Jika aku menderita merindu
Rindukanlah hati ini kepada dia yang merindui kepada Mu
Lebih daripada rindu hatiku kepada Mu
Agar aku lebih menghayati kemanisan Rindu Mu

Ya Allah
Jika aku berkasih
berkasihlah hati ini kepada dia yang berkasih kepada Mu
Lebih daripada kasih hatiku kepada Mu
Agar aku lebih menyelami keistimewaan Kasih Mu

Ya Allah
Jika aku resah gelisah
Resahkanlah hati ini kepada dia yang resah kepadaMu
Lebih daripada resah hatiku kepada Mu
Agar aku lebih menikmati resah di sepertiga malam Mu

Ya Allah
Gerakanlah segala anggotaku dengan kudrat dan iradat Mu
Tempatkanlah aku bersama hamba Mu yang kau beri nikmat Mu
Aku pohonkan keredhaan Mu atas segala urusanku
Agar aku lebih tenang damai bersyukur selalu

draft - KCPLB

Daunan masa berguguran ke bumi
cinta kudup di tangkai hati
hela nafas terkadang terhenti
mencari dirimu tiada lagi

sedangkan hanyut di alam fantasi
indah lelapku dibuai mimpi
terukir nama mu disekeping hati
apakah mungkin terulang kembali

saat bersamamu amat ku syukuri
selembut sutera senyum diberi
di balik senda tawa mu aku mengerti
redha kasihku menumpang di sisi

cuma bayangmu milikku kini
kenangan selamanya kekal abadi
kerinduan kini bertandang lagi
terdayakah menepis sekian kali

terjaga lenaku merenung pelangi
takkan dapat kita dimiliki
mungkin begitu takdir di sini
aku redhakan dikau pergi

hati kecil bertanya sendiri
begitu indah di alam fantasi
mengapa harus kita kembali
meredah onak dunia realiti