Tuesday, November 2, 2010

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 v

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 v
by Merah Artock Merah on Saturday, March 20, 2010 at 5:45pm

Setiap takbir ku kini penuh cinta
Kerana Kau mengajar ku erti bahagia
Membesarkan Mu kini aku setia
Kerana cinta Mu aku mencintainya

Setiap Iftitah ku kini penuh harapan yang membara
Menghadapkan diri kepada Mu Yang Maha Esa
Agar kau terima pengakuanku seadanya
Kerana aku cuma insan biasa

Setiap Fatihah ku kini penuh rela
Memuji Mu aku harapkan sentiasa
Mengharapkan kasih dan sayang Mu setiap masa
Moga Kau tunjukan jalan kami ke syurga

Setiap rukuk ku kini aku harapkan penghapusan dosa
Kerana aku terlalu lemah lagi hina
Tundukkan nafsu dan hati ku bersamanya
Hanya pada Mu Yang Maha Kuasa

Setiap sujud kini penuh redha
Aku serahkan kepada Mu Pengatur segalanya
Moga penyerahan ini Engkau terima
Istiqamahlah aku sentiasa hendaknya

Setiap tasyahud ku kini penuh penghormatan
Bersamanya aku harapkan sebagai bekalan
Kepada Mu aku pohonkan jauhkan dari segala kesesatan
Tempatkanlah aku di sisi Mu dengan penuh aman

Setiap salamku kini penuh kerinduan
Ingin bertemu lagi dengan Mu Tuhan
Redhakan syurga Mu sebagai taman
Jauhkan aku neraka yang penuh godaan

Setiap doa ku kini penuh tujuan
Di tangan Mu segala keputusan
Kurniakan aku bidadari dari mu sebagai teman
Moga dipermudahkan segala urusan

Hanya pada Mu aku pohonkan
Keselamatan sentiasa sepanjang jalan
Kenikmatan syurga dunia dan syurga akhirat Mu sungguh aku dambakan
Moga aku tenang menyahut seruan Mu Tuhan

No comments:

Post a Comment