Tuesday, November 2, 2010

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 i

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 i
by Merah Artock Merah on Saturday, March 13, 2010 at 2:36pm

maafkan aku terpaksa berlalu
aku pohon relakanlah pemergianku
lupuskan semua kenangan bersamaku
anggap saja mimpi kala malam beradu

cukup cukuplah hati apa guna merindu
usah ditangisi cinta yang telah pergi
yang pasti doaku sentiasa bersamamu
biarkan aku hilang dan terus menyepi

aku pergi bukan kerana benci
aku hadir bukan kerana simpati
aku amat berharap agar kau mengerti
aku pergi membalut hati

tiada dendam antara kita
biarlah masa menentukan segala
aku tinggalkan kalam pengganti bicara
sentiasa berharap agar engkau bahagia

suka duka pahit maung tetap ku telan
juga kenangan indah rencah kehidupan
seribu kekesalan dan seribu harapan
seribu satu persoalan tanpa jawapan

maafkan aku jika kau kecewa
maafkan aku jika kau terluka
maafkan aku putuskan janji setia
tapi ketahuilah aku lebih merana

No comments:

Post a Comment