Tuesday, November 2, 2010

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 x

Ku Cari Puteri Lindungan Bulan 2 x
by Merah Artock Merah on Wednesday, May 12, 2010 at 4:19pm

walau aku mampu cantingkan lagi sejuta rekaan
walau aku mampu lukiskan lagi seratus ribu gambaran
walau aku mampu corakan lagi sepuluh ribu abstrak
walau aku mampu coretkan lagi seribu potret penuh warna
walau aku mampu jalinkan lagi seratus jalinan lakaran
walau aku mampu ciptakan lagi sepuluh catan
namun untuk aku persembahkan satu karya untuk mu
cukup aku tak mampu kerana mata ini terpegun dengan keindahan yang ada pada mu

walau aku mampu ciptakan lagi sejuta bait bait indah
walau aku mampu kumpulkan lagi seratus ribu melodi
walau aku mampu gabungkan lagi sepuluh ribu lirik
walau aku mampu padukan lagi seribu nada
walau aku mampu harmonikan lagi seratus irama
walau aku mampu selaraskan lagi sepuluh rentak
namun untuk aku persembahkan satu lagu untuk mu
cukup aku tak mampu kerana lidah ini kelu tika bersama mu

jemari ini terhenti untuk menari mencari ilham
tangan ini terhenti untuk mengukir sebuah penghalusan
pegangan ini terhenti untuk menyambut not yang gugur bertaburan
gengaman ini terhenti untuk melontarkan sebuah rindu
telapak ini terhenti untuk menabur sebuah janji
secubit ini terhenti untuk memberi
namun untuk aku persembahkan satu sentuhan untuk mu
cukup aku tak mampu mana tahu cinta ku hulur tak bersambut

apakah kesudahannya aku sendiri tak pasti
aku telan segala resah dan gelisah
aku simpan sebahagian rasa
bimbang nanti aku kecewa
tak kan lengkap lagu ku tanpa dendang suara mu
tak kan lengkap syair gurindam ku tanpa iringan ghazal mu
tak kan lengkap kisah ini tanpa mu
kerana ini baru kisah aku
belum bersambung dengan kisah mu
belum terpatri senandong kita
belum bersatu di alam nyata

No comments:

Post a Comment