Sunday, February 13, 2011

(12) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB

(12) antara mimpi,ilham,iktibar KCPLB
by Merah Artock Merah on Friday, June 25, 2010 at 11:56am
malam menjemput ku kembali
bersama sentuhan lembut sang bayu
membawa ku pergi mengulit kenangan
jelas di ruang mata segalanya terbayang

terima kasih teman
walaupun kau hadir cuma dalam lamunan
seri dewi malam yang merawat segala kedukaan
memberikan aku serum kekuatan

terima kasih ku ucapkan kepada mu seri dewi malam
membelaiku dengan seni falsafah cinta
bukan kerana rupa bukan kerana harta
tapi kerana tertawannya hati dengan apa adanya

kepada mu kasih tidak aku lupakan
sungguhpun engkau singgah cuma dalam angan
untukmu telah aku jadikan kisah kita satu epik
lagenda cinta sri si gadis bunian

halus selendang kasih mu
merdu bisikan manja mu
segalanya anugerah buat ku
terima kasih kerana mengingatkan ku
cinta tak mesti bersatu
ada cinta yang tak mampu kita miliki
cukup sekadar dimengerti

kini muncul pula sang puteri
berlindung wajah di sebalik bulan
seakan melengkapi keseluruhan cerita ini
bagai memastikan jawapan kepada segala teka teki

meskipun engkau wujud dalam khayalan
Puteri kau telah hidupkan kembali hati yang hampir mati
menyuburkan iman yang tandus gersang kekeringan
dengan siraman keinsafan bahawa aku masih bertuhan

tidak pernah sekali pun aku menganggap kali sebagai gurauan
dengan redha dan pasrah aku anggap ini ilham dari tuhan
seluruh hayatku ini pasti usahakan
menterjemah maksud mimpi kepada kenyataan

percayalah walau seketika
kalian sumber inspirasi
kekuatan jati diri
buat ku rentasi rintangan hidup ini

No comments:

Post a Comment