dan aku disedut kembali ke alam itu
aku lihat engkau di satu penjuru
satu sujud amat panjang tak seperti selalu
dan kali ini apa pula yang ingin kau nyatakan padaku
dalam esak tangis begitu
dalam bisik kata penuh sayu
dalam keikhlasan engkau merayu
dalam air mata kesyukuran menitis laju
dan sekali lagi aku dan engkau pun bersatu
nafasku dalam nafas mu
getar dan gerak kini berpadu
luahkanlah...tetap aku bersama mu
"Ya Allah Kau telah muliakan aku dengan anugerah Mu, Kau telah berikan kepada ku ketua bagi segala bidadari,maka jadikanlah seorang lelaki yang layak dikasihi, seorang suami yang soleh,bapa yang mithali,agar aku dapat memimpin dia dan zuriat ku ke jalan KebenaranMu. Bantulah aku untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu, naikan darjatku dengan setiap ujian dan dugaan, jadikan aku sentiasa tenang dan sabar dalam urusanku, bantu aku dengan kemuliaan sunnah Muhammad Nabi Mu. "
kau diam dan kali ini agak lama
perlahan lahan aku pahatkan dalam ingatan
dan aku kekal menunggu
tak mampu meneka apakah akhir hajatmu
"Ya Allah dan jadikanlah dia bagi ku,tempat untuk aku berkongsi segala suka dan duka, pakaian kehormatan bagi ku,jadikanlah dia isteri yang aku kasihi,jadikan dia sumber kekuatan bagi ku untuk beribadat hanya kerana Mu,jadikan dia ibu mithali,penuhkan hatinya dengan kelembutan hikmah sunnah dalam mendidik,jadikan dia tabah bersamaku . Ya Rabbal Alamin perkenankan doaku ini "
masakan aku mampu menjadi sejujur itu
waktu kau pintu begitu hampir dengan Pencipta mu
dalam hati terdetik bicara
Ya Allah muliakan aku sepertinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment